Gelinciran Forex

Huraian Gelinciran Foex

BUKA AKAUN LANGSUNG

Apakah itu Gelinciran Forex?

Apabila anda berdagang Forex, adakalanya anda akan melihat sedikit perbezaan antara harga yang anda jangkakan dengan harga pelaksanaan (harga setelah dagangan FX selesai). Kejadian ini dikenali sebagai gelinciran. Ia adalah satu perkara biasa yang dialami sebagai pedagang Forex dan ia boleh menjadi positif atau negatif.

Sebab utama gelinciran adalah kemeruapan pasaran dan kelajuan pelaksanaan Forex. Apabila pasaran mengalami kemeruapan tinggi, ia secara umumnya bermaksud kecairan adalah rendah dan harga pasaran turun naik dengan cepat. Apabila pasaran mengalami kemeruapan tinggi, ini bermakna terdapat kecairan yang rendah dan harga pasaran akan turun naik dengan pantas. Keadaan ini akan menjejaskan pedagang Forex apabila tiada kecairan FX yang mencukupi untuk memenuhi pesanan pada harga yang diminta. Apabila situasi ini berlaku, penyedia kecairan akan melengkapkan perdagangan pada harga terbaik yang seterusnya.

Sebab lain gelinciran adalah Kelajuan Pelaksanaan. Ia bergantung kepada kepantasan Rangkaian Komunikasi Elektronik (ECN) anda untuk melengkapkan perdagangan dengan harga yang anda inginkan. Dengan harga pasaran yang pantas berubah, memiliki masa pelaksanaan yang lebih pantas dapat membawa perbezaan, terutamanya pada perdagangan besar.

Contoh Gelinciran

Katakan harga AUD/AUS adalah 0.9010. Setelah menganalisis pasaran, anda membuat spekulasi bahawa ia akan terus meningkat dan dengan dagangan satu lot standard pada harga semasa AUD/AUS 0.9050, mengharapkan untuk melaksanakan pada harga yang sama iaitu 0.9050.

Pasaran mengikuti trend tetapi melepasi harga pelaksanaan anda dengan sangat pantas sehingga 0.9060 – dalam satu saat. Disebabkan harga yang anda harapkan iaitu 0.9050 tidak terdapat dalam pasaran, anda ditawarkan dengan harga terbaik seterusnya. Sebagai contoh, 0.9045. Dalam hal ini, anda akan mengalami gelinciran positif:
0.9050 – 0.9045 = 0.0005, atau +5 pip.

Sebaliknya, katakan perdagangan anda dilaksanakan pada 0.9055. Anda akan mengalami gelinciran negatif:
0.9050 – 0.9055 = -0.0005, atau -5 pip.

Adalah penting untuk diketahui bahawa gelincian boleh berlaku pada semua jenis pesanan yang diminta termasuk Pesanan Henti Rugi, Ambil Untung, Beli/Jualan Renti dan Pesanan Beli/Jual Had. Disebabkan Vantage FX menggunakan pelaksanaan pasaran, kami tidak dapat menjamin pesanan-pesanan sedemikian.

Kami beroperasi di bawah pelaksanaan Pasaran dan disebabkan itu, kami tidak dapat memenuhi pesanan Forex yang tidak lagi wujud. Jika harga yang anda minta tidak lagi tersedia, pesanan anda akan diisi oleh penyedia kecairan FX kami pada kadar pasaran yang sedang berlaku.

Sebaran daripada

0.0

Pip di FX

Berdagang dengan
komisen $0

Pembukaan Akaun Yang Pantas & Mudah

  • Daftar

    Pilih jenis akaun dan hantar permohonan anda.

  • Dana

    Danakan akaun anda dengan menggunakan pelbagai kaedah pendanaan.

  • Perdagangan

    Akses 180+ instrumen merentas semua kelas aset pada MT4/MT5

BUKA AKAUN LANGSUNG