How does slippage work? | Vantage FX MY

Apakah Kemerosotan Forex?

Apabila anda berdagang Forex, terkadang anda akan melihat sedikit perbezaan di antara harga yang anda harapkan dan harga pelaksanaan (harga ketika perdagangan FX selesai). Apabila ini berlaku, ia dikenali sebagai kemerosotan. Ini adalah perkara biasa yang dialami sebagai seorang pedagang Forex dan ia boleh bergfungsi baik secara positif mahupun negatif.

Sebab utama berlakunya kemerosotan adalah turun naik pasaran dan kelajuan pelaksanaan.

Apabila pasaran mengalami turun naik yang tinggi, ini secara umum bermaksud terdapat kecairan yang rendah dan harga pasaran yang berubah dengan cepat. Di mana ini memberi kesan kepada pedagang Forex apabila tidak ada kecairan FX yang mencukupi untuk mengisi perintah pada harga yang diminta. Apabila ini berlaku, penyedia kecairan akan melengkapkan perdagangan pada harga terbaik seterusnya.

Antara sebab lain kemerosotan berlaku adalah Kelajuan Pelaksanaan. Ini adalah berapa cepat Rangkaian Komunikasi Elektronik (ECN) anda dapat menyelesaikan perdagangan anda dengan harga yang anda inginkan. Dengan harga pasaran yang berubah dalam pecahan sesaat, mempunyai masa pelaksanaan yang lebih akan membawa perbezaan terutamanya pada perdagangan besar.

Contoh Kemerosotan Forex:

Harga AUD/USD adalah 0.9010. Selepas menganalisis pasaran, anda membuat spekulasi bahawa ia berada pada tren menaik dan panjang dagangan satu lot standard pada harga semasa sekarang AUD/USD 0.9050, dijangkakan melaksanakan pada harga sama 0.9050.

Pasaran mengikut tren tetapi ia melangkaui harga pelaksanaan anda dan sehingga 0.9060 dengan sangat cepat – dalam sesaat. Kerana harga yang anda harapkan iaitu 0.9050 tidak tersedia di pasarn, anda ditawarkan harga tersedia terbaik yang akan datang. Untuk contoh tersebut, harga tersebut adalah 0.9045.

Dalam kes ini, anda akan mengalami kemerosotan positif:
0.9050 – 0.9045 = 0.0005, or +5 pip.

Dan sebaliknya, andaikan perdagangan anda dilaksanakan pada 0.9055. Anda akan mengalami kemerosotan negatif:
0.9050 – 0.9055 = -0.0005, or -5 pip.

Adalah penting untuk diingatkan bahawa kemerosotan boleh berlaku dengan semua jenis perintah yang diminta termasuk Henti Rugi, Ambil Untung, Henti Beli/ Jual dan Had perintah Beli/ Jual. Oleh kerana Vantage FX menggunakan pelaksanaan pasaran, kami tidak dapat menjamin perintah tersebut.

Kami beroperasi di bawah Pelaksanaan Pasaran dan atas sebab ini, kami tidak dapat mengisi perintah Forex yang tidak lagi wujud. Sekiranya harga yang anda minta tidak lagi tersedia, perintah anda akan diisi oleh penyedia kecairan FX kami pada kadar pasaran yang berterusan.

Experience Transparent and Secure Forex Trading with Vantage FX



  • Please enter a valid data!

  • Please enter a valid data!

  • Please enter a valid data!

  • Please enter a valid data!

  • Please enter a valid data!
Forex Promotions

Open a live account today to gain exclusive access to our 8 Forex Promotions. 

Find out more.