akaun islamik | Vantage FX MY

Akaun Islamik Vantage FX

Akaun Islamik Vantage FX telah direka khusus untuk pedagang forex yang tidak dapat menerima atau membayar swap disebabkan kepercayaan agama mereka. Sesuai dengan undang-undang Syariah, akaun dagangan forex ini membolehkan pedagang forex yang beragama Islam untuk memanfaatkan kecairan gred institusi Vantage FX yang disalurkan dari institusi terbesar di dunia terus ke akaun dagangan Forex MT4 anda.

Stelah disahkan sepenuhnya oleh Sheikh Hasan Qamra - Pengerusi Lembaga Pengawasan Syariah, Vantage FX bangga untuk menjadi SATU-SATUNYA broker Forex yang secara rasminya mematuhi Syariah. Sila rujuk kepada pensijilan pematuhan Syariah rasmi kami di bawah.

Apa itu Akaun Forex Islamik

Akaun Forex Islamik kadangkala dikenali sebagai akaun tanpa swap. Ini kerana pedagang forex yang menggunakan akaun Islamik tidak akan membayar swap atau caj faedah ke atas kedudukan yang mereka pegang semalaman sepertimana pemegang akaun dagangan forex biasa akan lakukan. Sebaliknya anda akan dikenakan yuran pentadbiran pada kedudukan anda.

Adakah anda seorang pedagang forex yang mengikuti kepercayaan Islamik? Jika ya, maka Akaun Islamik Vantage FX yang mematuhi Syariah adalah untuk anda. Apabila perdagangan pada Akaun Islamik Vantage FX anda telah dibuka untuk tempoh masa yang diperlukan, yuran pentadbiran akan ditolak daripada baki akaun.

Untuk terma penuh mengenai yuran pentadbiran ini, sila lihat halaman terma dan syarat kami.

Dagangan Islamik Emas dan Perak

Vantage FX dengan senang hati mengumumkan perkongsian eksklusif dengan Australian Gold and Silver Exchange (AGSX). Perkongsian ini adalah penting dalam pembentukan tawaran perdagangan Islamik emas dan perak kami. Perdagangan Islamik Emas dan Perak yang Sebenar mesti mempunyai sokongan emas dan perak fizikal dan perkongsian AGSX ini telah menjadikan ini mungkin.

Dagangan Minyak Islamik

Alami dagangan Minyak di bawah peraturan Islamik dengan Vantage FX hari ini. Harga minyak di platform MT4 Vantage FX terikat pada harga niaga hadapan Minyak yang didagangkan di bursa niaga hadapan minyak di seluruh dunia. Berdagang Minyak tanpa menimbulkan sebarang pertukaran positif atau negatif dengan Vantage FX. Masuki pasaran dagangan Minyak yang tidak menentu dengan Vantage FX hari ini.

Islamic Indices Trading

Instantly access the world’s most liquid stock exchange indices on your Vantage FX Islamic Forex trading account. Trade indices directly linked to global stock markets without accruing any swaps. Instead pay or receive administration fees on your Vantage FX Islamic forex trading account.

Dagangan Forex Islamik

Vantage FX telah memperkenalkan pilihan akaun forex Islamik mereka yang mana mematuhi keperluan agama untuk ahli-ahli yang beragama Islam. Semua klien yang membuka Akaun Islamik Vantage FX tidak akan dikenakan swap harian. Caj swap digantikan sepenuhnya dalam platform MT4 dengan yuran pentadbiran harian ke atas semua produk dagangan Forex.

Mari dan alami ketelusan berdagang Forex dengan Vantage FX pada pelbagai pasangan mata wang forex, komoditi dan indeks. Klien akan dapat mengakses akaun dagangan forex Islamik mereka melalui platform MT4 ynag kuat serta memiliki keupayaan untuk berdagang di mana-mana sahaja pada aplikasi telefon bimbit MetaQuotes.

Islamic Forex Account FAQs

Siapa yang boleh menggunakan akaun Islamik Vantage FX?
  • Akaun Islamik Vantage FX telah direka hanya untuk pedagang forex yang tidak dapat menerima atau membayar swap disebabkan kepercayaan agama mereka. Vantage FX menawarkan akaun Islamik yang mematuhi Syariah sepenuhnya lalu memberikan pedagang dengan kepercayaan Islam akses yang adil dan telus ke pasaran global.
Bagaimanakah jika saya ingin membuka akaun Islamik Vantage FX?
  • Untuk membuka akaun Islamik secara langsung, klien yang beragama Islam harus melengkapkan borang aplikasi atas talian yang mudah dan sertakan dokumen ID yang diperlukan.
Bagaimanakah jika saya ingin menyimpan dana ke dalam akaun Islamik Vantage FX saya?
  • Sebaik sahaja kumpulan akaun kami membuka akaun dagangan Islamik Vantage FX secara langsung anda, klien akan memulakan deposit pertama mereka dengan hanya pergi ke Portal Klien kami yang selamat. Portal Klien membolehkan klien memilih pilihan kaedah deposit mereka.
Bagaimanakah dana diasingkan dan dilindungi di Vantage FX untuk Pematuhan Syariah?
  • Kami mempunyai akaun berasingan yang tidak pernah bergaul dengan dana konvensional. Semua dana klien dipegang dalam akaun berasingan dengan Bank Nasional Australia (NAB) yang diberi penarafan AA Australia.
Bagaimanakah jika saya ingin mengeluarkan dana saya dari akaun Islamik Vantage FX?
  • Klien Vantage FX boleh memohon pengeluaran dana mereka pada bila-bila masa dengan mengakses Portal Klien mereka dan membuat permintaan pengeluaran. Semua permohonan pengeluaran diproses sekali dalam sehari sekitar 1pm AEST. Sebarang permohon pengeluaran yang diterima selepas jam 1pm waktu Sydney diproses secara automatik pada hari perniagaan berikut sekitar 1pm AEST.
Apakah yuran dan caj yang dikenakan ke atas akaun Islamik Vantage FX?
  • Semua klien yang beragama Islam yang menggunakan akaun Islamik Vantage FX akan dikenakan spread STP Standard dan yuran pentadbiran harian.
Apakah spread yang dikenakan pada akaun Islamik Vantage FX?
  • Vantage FX mengenakan spread STP Standard ke atas semua akaun Islamik.
Adakah terdapat swap atau caj faedah?
  • Tiada swap atau caj faedah. Kami mengenakan yuran pentadbiran yang wajar untuk perbelanjaan berkaitan pentadbiran dalam menguruskan akaun anda. Kami menyediakan perkhidmatan yang mana kami kenakan yuran tetap admin/ agensi (Wakeel).
Bagaimanakah perdagangan diproses dalam akaun Islamik Vantage FX?
  • Klien meletakkan dagangan dan Vantage FX memindahkan perdagangan tersebut ke penyedia kecairan di mana perdagangan tersebut mengambil alih di dasar pasaran antara bank . Ini bermakna perdagangan klien sentiasa mempunyai kesan bekalan/ permintaan kerana kedudukannya di pasaran yang sebenar. Kami boleh membuktikan perdagangan mata wang yang sebenar melalui penyedia kecairan kami. Klien boleh yakin bahawa mereka berdagang harga sebenar dan mempengaruhi harga melalui bekalan permintaan melalui kedudukan mereka. Klien sentiasa bertanggungjawab untuk kesan bahawa perintah mereka mempunyai pasaran dasar. Kedudukan, walaupun kecil semasa kecairan rendah, boleh menggerakkan pasaran. Klien mempunyai pemilikan penuh terhadap perdagangan dan kesannya.
Mengapa saya dikenakan bayaran yuran pentadbiran pada akaun Islamik Vantage FX?
  • Untuk memberi akses kepada pasaran global yang adil dan telus, Vantage FX harus menyalurkan kos yang berkaitan dalam mengekalkan kedudukan terbuka mereka. Semua penyedia kecairan kami mengenakan yuran tertentu untuk memastikan kedudukan terbuka dan kos ini disalurkan ke klien melalui yuran pentadbiran harian.
Bilakah masa yuran pentadbiran dikenakan ke atas akaun Islamik Vantage FX secara langsung?
  • Vantage FX mengira semua yuran pentadbiran tepat pada masa platform 0:00 ke atas semua kedudukan terbuka pada semua akaun Islamik. Yuran pentadbiran itu sendiri kemudiannya digunakan pada masa platform 1 pagi.
How are trades executed on Vantage FX Islamic accounts and is there actual possession (Qabdh) of currencies?
  • Vantage FX guarantees absolute transparency in trading. When a client opens a trade on an Islamic account, Vantage FX passes the trade to our liquidity providers (banks). Following this, Vantage FX opens a trade at the best available price, in the market. Whether you trade Forex, Commodities or Indices on our Islamic account, you can be assured that trades are passed to the underlying market and your trading exposure is real. This is a basic requirement that makes our Islamic account Sharia compliant.
Adakah sentiasa terdapat Penyedia Kecairan (LP) terlibat dalam model dagangan anda?
  • Semua dana klien dipegang dalam akaun terasing dengan Bank Nasional Australia (NAB). Terdapat pemilikan mata wang fizikal apabila dagangan dipindah ke LP. Dalam pengertian dagangan Islamik, ini bermaksud Vantage FX berfungsi sebagai ejen (Wakeel) kepada pedagang.
  • Premis model perniagaan kami di Vantage FX berdasarkan terutamanya pada Straight Through Processing (STP). Ini adalah di mana perdagangan dipindahkan ke penyedia kecairan kami. Sila rujuk gambar rajah di bawah:
Adakah Vantage FX menyediakan pinjaman kepada klien untuk berdagang di akaun Islamik?
  • Vantage FX tidak menyediakan sebarang jenis pinjaman kepada klien. Vantage FX menyediakan margin dagangan di mana semua pembiayaan perdagangan disediakan oleh Penyedia Kecairan yang kemudian mengenakan Yuran Pentadbiran kepada Vantage FX.
  • Yuran Pentadbiran ini kemudian disalurkan kepada klien melalui platform MT4.
Adakah yuran pentadbiran dan spread adalah yuran yang wajar ke atas akaun Islamik Vantage FX?
  • Vantage FX menawarkan perkhidmatan yang sah di mana mereka boleh mengenakan yuran. Tiada pengganti untuk caj faedah atau swap seperti dalam akaun konvensional.
What is the Shariah basis for this product?
  • The relationship between Vantage FX and the client is that of Wakalah/agency. Vantage FX being the agent that manages the accounts and charges an Administration fee based on a signed mandate. The relationship between the liquidity providers and Vantage FX is that of Qardh (Loan) which is managed under a signed mandate by Vantage FX. The account holders do not sign a mandate with the liquidity provider and have an agreement only with Vantage FX. The actual trading is referred to as Bay al-Sarf (currency trading).
Adakah akaun Islamik Vantage FX mematuhi Syariah?
  • Di Vantage FX, kami komited sepenuhnya dalam menyampaikan akaun Islamik pertama yang disahkan secara rasmi. Kami telah bekerjasama dengan ulama syariah yang terkenal termasuk Sheikh Hasan Qamra, Pengerusi Lembaga Shariah, dan mematuhi syarat ketatnya untuk menerima pensijilan rasmi yang membuktikan bahawa akaun Vantage FX mematuhi Syariah sepenuhnya.
Bagaimanakah saya boleh menghubungi lembaga Syariah?
  • Kami mempunyai lembaga Syariah yang cekap yang akan menjawab pertanyaan anda. Anda boleh menghubungi: Shariah@vantagefx.com. Hanya pertanyaan e-mel yang berkaitan dengan perkara Syariah akan dilayani.
Forex
  • Semua Pasangan Forex – Klien dikenakan/ dikreditkan yuran pentadbiran harian untuk kedudukan Forex yang dipegang semalaman.*
Indices
  • Semua Indeks – Klien dikenakan/ dikreditkan yuran pentadbiran harian untuk kedudukan Indeks yang dipegang semalaman.*
  • CHINA50 – Klien dikenakan/ dikreditkan pelarasan tunai bulanan untuk kedudukan Indeks yang dipegang atas perubahan kontrak.*
Commodities
  • Semua Produk Berasaskan Niaga Hadapan dikenakan / dikreditkan pelarasan tunai bulanan bagi kedudukan yang dipegang atas perubahan kontrak.
    o MINYAK
    o HO
    o GAS
    o GANGSA
    o NG
  • Emas dan Perak – Klien dikenakan/ dikreditkan yuran pentadbiran harian untuk kedudukan forex yang dipegang semalaman.*

 

* Pengiraan Yuran Harian:
– Dikira pada masa pelayan 0:00.
– Diguna pada masa pelayan 1:00.

Liquidity Partners

Experience Transparent and Secure Forex Trading with Vantage FX



  • Please enter a valid data!

  • Please enter a valid data!

  • Please enter a valid data!

  • Please enter a valid data!

  • Please enter a valid data!
Forex Promotions

Open a live account today to gain exclusive access to our 8 Forex Promotions. 

Find out more.